Hari paling santai dan “seronok” dalam sejarah

HARI PALING SERONOK BAGI MURID sebab….. hari ini tak payah mengadap buku dan buat latihan. Duduk ramai-ramai kemudian menonton wayang gitu!

Hari ini tersangat ramai guru yang keluar. Ada yang pergi kursus tetapi yang paling ramai terlibat dengan taklimat pengawas UPSR. Dengan bilangan guru kira-kira 30 orang, apabila 10-15 orang tak ada kat sekolah memang parah. Semalam aku dengar nak gabungkan kelas. Gabung macam mana pun aku tak jelas. Parah kalau nak buat jadual RELIEF.

Hujan turun agak lebat kat sekolah pagi-pagi lagi sampailah ke waktu rehat. Berhenti sekejap kemudian hujan lagi. Sungguh lain suasana di sekolah hari ini. Bising! Ramai murid ‘bertempik’ seronok meraikan ‘kemeriahan’ suasana hujan di sekolah. Sakit telinga aku mendengarnya.

HARI PALING SANTAI BAGI AKU sebab……… Aku ada 2 kelas hari ini tapi kedua-duanya takde murid yang masuk kelas. Wah, ‘seronok’lah cikgu kalau macam ni hari-hari! Dalam minggu ini budak-budak sibuk dengan gigi dan cik ‘misi’. Hari ni ada pemeriksaan mata pulak dah!. Pastu ada pertandingan mewarna pulak.

Pas 2…3.

Memang ‘seronok’!

735196_4925170443664_1903045407_n

Sindrom ‘monday blues’ yang melelahkan

Hari ini hari pertama bekerja selepas 2 minggu bercuti.

monday-blues

Malasnya…

Sindrom ‘monday blues’ dah menyerang!

monday-blues2

Sampai ke sekolah seawal 6.50 pagi. Ada seorang rakan guru yang tiba lebih awal berada di bilik guru. Dia menegur, bertanya khabar tentang cuti dan raya tapi aku rasa ‘malas’ nak memanjangkan jawapan. Semasa memandu kereta tadi aku beberapa kali menguap dan hampir terlelap. Bahaya betul!

Malam tadi aku tidur lambat, lebih kurang pukul 2 pagi. Itulah asyik melayan cerita kat TV…The Lord Of The Ring, The Return of The King. Tidur pun tak berapa nak lena. Kejap-kejap terjaga. Bila tengok jam baru pukul 4 pagi. Sambung tidur balik.

 

images

 

he he he…

Terlelap ketika mencerap guru sedang mengajar

Peristiwa lucu bagi aku.

Pada hari rabu lepas, aku telah dicerap oleh pihak pentadbir. Ia adalah pencerapan kali kedua. Biasalah, PdP  seorang guru akan dicerap dan dibuat penilaian sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun.

Kelas yang hendak dicerap bermula pukul 8.40 hingga 10.10 pagi, mengambil masa selama 90 minit. Selepas setengah jam berlalu, barulah nampak batang hidung pencerap.

Aku bertanya, “kenapa lambat?”. “saya ada kelas,” katanya. Hrmmm….kalau dah tahu ada kelas, pilihlah waktu lain yang tak bertembung kelas. Jawab aku dalam hati sahajalah.

Pengajaran berlangsung seperti yang dirancangkan. Persediaan aku memang agak rapi kali ini. Tiba-tiba aku melihat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Pencerap aku sedang ‘lena dibuai mimpi’. Mak ai!! Ada beberapa orang murid ketika itu turut sama melihat situasi ‘tak senonoh’ itu. Wajah anak-anak murid aku ‘kepelikkan’. Aku cuma hanya mampu tersenyum kelat.

Aku apa lagi, tiba-tiba datang idea ‘jahat’. Aku terus ambil Galaxy Note dan tanpa buang masa merakamkan aksi ‘lucu’ tersebut, sambil berlakon konon-kononnya aku merakam sesi pembelajaran yang sedang berlangsung. Bukan hanya sekali dua dia terlelap tetapi berulang-ulang kali. Aduh! parah tetapi kesian.

Pencerap aku ini memang sudah terkenal dengan aksi ‘terlelap’nya, sama ada ketika mesyuarat, taklimat dan sewaktu dengannya. Pendek kata semua orang sudah lali dengan sikapnya itu. Tapi…takkanlah semasa mencerap PdP pun dia nak buat benda yang sama? habis apa yang dicerapnya? Sahihkah penilaian dia? Atau mungkin ini cuma sekadar mencukupkan syarat sahaja?

Dalam hati aku berbisik…begitulah PENILAIAN MANUSIA…tiada yang sempurna. Hanya ALLAH yang sempurna.

 

MB Selangor

MB selangor terlelap ketika sidang media akibat kesan pengambilan ubat kerana tidak sihat

 

 

3 Rajin…seribu ragam, sejuta perasaan

Wah! Hari ini aku mengamuk sakan (takdelah sakan sangat). Sudahlah hari ni hari JUMAAT, bulan puasa pula tu….Syaitan dan Iblis sudah dibelenggu tapi nafsu amarah masih juga menguasai.

Sebenarnya, hari ini aku tak puasa, sudah hari kedua aku tak puasa. Bukan malas tapi ia jadi HARAM kalau aku berpuasa. Mungkin faktor ketidakstabilan hormon mempengaruhi emosi aku hari ini. Mungkin!

Bila tiba time kelas ini, 3 Rajin, walaupun hanya 6 orang murid, tapi ia mampu mengganggu emosi dan akal fikiran aku. Bila mengajar budak-budak yang tidak bersalah ini, ‘mood’ aku jadi ‘down’. Ia tidak sama seperti aku mengajar budak-budak 1 Rajin dan 2 Rajin. Budak-budak 6 orang ini selalu membuatkan aku jadi ‘hot’. Mereka suka bergaduh sesama mereka. Mereka suka menuduh sesama mereka. Mereka suka berebut sesama mereka. Berebut tak salah tapi kalau berebut sampai bergaduh, itu yang buat cikgu jadi ‘hot’.

Entah kenapa aku merasakan anak-anak murid aku kurang menghormati aku sebagai guru. Mereka seolah-olah menganggap aku ini seperti ibu mereka, atau mungkin lebih teruk seperti kawan mereka. Mungkin mereka belum faham apa makna ‘hormat’ tapi sekurang-kurangnya mereka ada sedikit perasaan ‘takut’ kepada guru mereka. Sikap mereka seolah-olah mereka ini tidak ‘terdidik’ di rumah oleh ibu bapa mereka.

Salahkah aku berprasangka begitu?

Sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumah petang tadi, di dalam kereta, aku masih terbayang-bayang peristiwa ‘amukan’ aku di sekolah. Tidak sepatutnya aku memarahi mereka dengan cara begitu. Tapi entahlah…semuanya sudah terjadi. Kadang-kadang ia membuatkan aku berfikir… sesuaikah aku menjadi seorang guru? Sesuaikah aku menjadi seorang guru PEMULIHAN??? Sampai bilakah dan sanggupkah aku setiap hari aku berhadapan dengan murid-murid paling ‘lemah’ pencapaian akademik mereka. Bukan setakat akademik sahaja lemah, sikap dan sahsiah mereka juga di tahap yang sama. Mereka adalah murid yang ‘tersisih’ dan ‘tercicir’ daripada arus perdana.

 

Akukah penyelamat? Sedangkan aku jua punya berbagai hal, urusan dan masalah sendiri yang aku sendiri belum mampu selesaikan.

 

Hari Guru yang meletihkan tetapi menyeronokkan

Selesai sudah sambutan Hari Guru peringkat sekolah hari ini.

Hari ini hari guru tetapi hari inilah dalam sejarah aku datang ke sekolah paling awal! Pukul 5.50 pagi aku sudah tercegat depan pintu pagar sekolah. Pintu pagar masih berkunci. Aku terpaksa goncang pintu pagar untuk ‘mengejutkan’ pakcik jaga sekolah….kesian pakcik…sorry ya pakcik…semua ini kerana tugas.

Sebagai AJK Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah, akulah orang yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal jualan dan tolong mencari duit lebih untuk kelab. Bermula minggu lepas, beberapa orang guru termasuk aku sibuk mempromosi jualan hadiah Hari Ibu dan juga Hari Guru. Banyak juga tempahan yang aku terima sehingga ke saat-saat terakhir pagi tadi. Tak menang tangan aku dibuatnya. Nasib baiklah ada beberapa orang murid tahun 6 yang rajin menolong. Tapi ada sesuatu yang buat aku tak puas hati. Ada murid yang tidak mendapat hadiah yang ditempah disebabkan masalah-masalah teknikal. Aku rasa bersalah dalam hal ini. Mungkin lain kali aku akan pastikan ia diuruskan dengan betul dan cekap  (ewah2).

Tahun ini sambutan hari guru agak kelam kabut. Maklumlah cikgu-cikgu sibuk dengan persiapan peperiksaan pada minggu depan. Pada 5/5/2013 hari itu sekolah aku menjadi tempat membuang undi untuk PRU-13. Lepas tu cikgu-cikgu sibuk menyiapkan tugasan maklum balas hasil pemantaun Jemaah Nazir. Yang menjadi fokus adalah perancangan strategik. Kami kena ubah dan olah semula menggunakan format nazir dan bukannya format IAB.

Hari Guru….meletihkan…tetapi seronok!

hari-guru-2013

Dia…guru yang pernah ku rindu.

Semasa aku bergelar murid satu ketika dulu…dialah guru kesayanganku. Walaupun sudah 20 tahun berlalu, namanya masih segar di ingatanku. Dialah satu-satunya guru yang namanya masih aku ingat sehingga kini. Mungkin disebabkan dia adalah guru kelas aku ketika aku darjah 6 atau mungkin dia pernah belanja aku makan.

Bila aku secara rasmi bergelar guru pada tahun 2010, kenangan-kenangan indah itu terimbas kembali di ruangan mata. Apatah lagi bila aku berhadapan dengan murid-murid di sekolah aku. Memori kembali segar.

Aku pernah beberapa kali cuba menghubungi Cikgu F ketika aku sedang mengikuti KPLI.  Aku ingin maklumkan padanya bahawa aku telah mengikut jejak langkahnya dengan menjadi guru. Aku berjaya bertemunya di alam maya Facebook tapi….entah kenapa aku rasa amat berat sekali untuk klik ‘add friend‘ di Facebook.

Aku tahu dia pernah beritahu aku satu ketika dulu...jangan jadi guru bila aku besar nanti.

Aku bertanya  “kenapa cikgu?”. Jawab Cikgu F ” kerja teruk/susah..”. Aku tidak faham tapi aku diam saja. Sekarang baru aku tahu apa maksudnya.

Cikgu F suka melebihkan aku walau pun pada hakikatnya aku tiada kelebihan sangat berbanding kawan-kawan yang lain. Dia selalu puji karangan aku di hadapan kawan-kawan yang lain. Aku…bila orang puji, sengih ajelah macam kerang busuk.

Selepas aku ke tingkatan 1, Cikgu F masih mengingati aku sebagai bekas anak muridnya. Dia selalu ‘kirim salam’  melalui adik aku yang bersekolah di situ. Kadang-kadang dia ‘kirim salam’ melalui kawan-kawan sekelas aku masa darjah 6 yang bersekolah di bandar GM. Aku pula tak bersekolah di GM tetapi di Kuala Krai dan terpaksa tinggal di asrama.

Kalaulah masa dapat diundurkan….aku akan pergi melawat Cikgu F atau pun sekurang-kurangnya aku tulis surat atau hantar kad ucapan kepadanya walaupun aku sudah tidak lagi bergelar anak muridnya. Malangnya masa terus berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Aku pula kini sudah pun bergelar seorang GURU.

Kenangan terindah di bangku sekolah rendah

Time aku kecik-kecik dulu, apa cita-cita aku erk?

Masa sekolah rendah….hrmm… aku tak berapa ingat…tapi rasanya nak jadi guru kot, sebab kerja guru aje yang aku tahu. Entah-entah aku mungkin tak ada cita-cita. Budak kampunglah katakan. Mana ada cita-cita.

Selalunya budak-budak sekolah rendah bercita-cita nak jadi doktor. Kerja sebagai doktor ini memang hebat di mata kanak-kanak tapi realitinya tidak seperti itu. Aku pernah bekerja dengan doktor di IMR dulu. Ada doktor yang hebat dan ada juga yang sebaliknya.

Zaman sekolah rendah memang seronok. Aku ini kategori pemalu dan tak banyak cakap tapi aku aktif sukan kat sekolah. Cumanya, sekolah aku tu sekolah kampung, tak banyak aktiviti yang grand dibuat.

Kenangan yang tak da735196_4925170443664_1903045407_npat dilupakan ialah bila aku menang hadiah saguhati pertandingan mengarang. Tajuknya Cara-Cara Saya Menabung – Hadiah Nuri anjuran Bank Rakyat. Pada mulanya aku hairan jugak. Apa yang gempak sangat. Aku cuma menang hadiah saguhati jer.

Orang yang nampak lebih gembira daripada aku ialah Cikgu Fares. Dia ialah guru BM aku. Katanya, walaupun hadiah saguhati tapi ia adalah peringkat KEBANGSAAN beb! Satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menghantar penyertaan. Macam mana aku, murid dari sekolah pedalaman boleh menang walaupun tempat saguhati. Maksudnya, karangan aku adalah antara karangan 10 terbaik beb!

Aku dapat duit RM 15, t-shirt dan topi dan sijil penyertaan. Hadiah tu diposkan ke sekolah. Pertama kali nama aku dipanggil ke pejabat menggunakan speaker, kiranya satu sekolah boleh dengar. Suspen jugak masa tu. Aku ingatkan aku ada buat salah tapi rupa-rupanya aku dapat hadiah.

Aku masih ingat lagi. Cikgu BM minta aku menceritakan pengalaman aku di depan kelas. Aku jenis yang pendiam, aku duduk aje lah kat depan kelas sambil tersengih-sengih. Naik bosan kawan-kawan yang lain tengok! Cikgu BM minta aku berucap di perhimpunan sekolah tapi aku tak mahu. Gila! mahu aku terkencing nanti.

Hari itu cikgu BM belanja aku makan bersama-sama dengan dia di kantin sekolah. Sekali lagi kawan-kawan sekelas aku menyampah tengok aku! kah kah kah…

Cikgu BM aku asal dari Melaka. Dia suka makan sambal belacan. Semasa makan dengan cikgu itulah aku pertama kali kenal sambal belacan. Aku try sikit tapi pedas sangat. Kalau budu ok la jugak. Ini belacan. Mana ngam dengan aku.

Peliknya, aku cuma dapat ingat peristiwa-peristiwa masa aku darjah 6 sahaja, time darjah 5, 4, 3, 2, 1  macam kabur dan samar-samar. Mungkin tiada peristiwa yang menarik berlaku atau pun aku ni jenis yang mudah lupa.