Selamat Tahun Baru 2010!

Tahun 2009 yang penuh mencabar sebagai pelajar KPLI telah pun berlalu meninggalkan memori dan pengalaman yang tak terhitung  jumlahnya.

Semalam aku telah selamat melaporkan diri ke sekolah yang di telah ditetapkan oleh JPN Selangor. Telah berakhir sudah seribu tanda tanya dan kekalutan. Tanggal 30 Disember aku menerima panggilan daripada PPD Petaling Utama. Aku diminta menghadirkan diri ke PPD Petaling Utama pada keesokkan harinya, pukul 9 pagi. Aku dah mula mencongak-congak dan mula berangan-angan bahawa aku akan dapat sekolah yang berhampiran dengan rumah. Maklumlah daerah Petaling Utama setahu aku hanyalah dalam lingkungan kawasan Lembah Klang… kira dekatla dengan rumah tapi aku takde la yakin sangat dengan ilmu geografi yang aku ada.

Semasa hendak mengambil surat penempatan di PPD, aku cuba bertanya arah jalan ke SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA. “Jauh... Area Kepong ni !” Itu kata pertama yang keluar dari bibir tebal pegawai itu.  Aku terpandang mata sayu seorang pegawai yang duduk bersebelahan dengan pegawai tadi. Entah kenapa dia memandang aku sebegitu padahal aku takdelah sedih sangat. Cuma sedikit frust. Angan-angan aku mati di situ juga. Mungkin pada masa tu muka aku nampak macam muka sepuluh sen … kot. Sedih sebab tak dapat sekolah yang berdekatan dengan rumah. Hmmmm..

Aku keseorangan hari tu di PPD walaupun dewan bingit dengan suara riuh rendah bakal-bakal guru yang akan ditempatkan. Dalam kelas aku, G,  hanya aku seorang yang terpilih ke PPD Petaling Utama. Kelas H aku ternampak kelibat Shah, Nazeri dan Yaser. Ada juga sekumpulan guru pelatih dari IPGM yang sama dengan aku tapi berlainan opsyen, maka manalah aku rapat dengan mereka. Aku ni memang dilahirkan untuk jadi lone ranger kot…Lagipun aku ni bukannya spesies yang ramah tamah. Sudahnya aku tak punya ramai geng. Tapi ia tidak menjadi masalah yang besar buat aku kerana aku dah biasa dengan situasi home alone ni….kui kui kui.

Bravo untuk diri aku!

Selepas dapat surat penempatan, terus melapor diri ke sekolah. Sampai kat sekolah dah agak lewat, dalam pukul 11 pagi. Ingatkan nak lapor diri jer tapi dipaksa rela join meeting. Kesian kat suami aku menunggu lebih 2 jam dalam kereta. Mesyuarat tamat pukul 2.30 petang. Fuhh! Lamanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s