Selamat Menjadi Seorang Guru!

4 Januari 2010 menjadi tarikh keramat buat aku. Dengan rasminya aku bergelar seorang guru.  Jawatan aku adalah GURU SANDARAN TERLATIH SISWAZAH dengan gred DC41 di SK Bandar Baru Sri Damansara, Persiaran Mahogani, 52200 Kuala Lumpur.

 

Kalau ikut alamat sekolah, sepatutnya sekolah ini di bawah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Iyalah, terang-terang poskodnya adalah poskod KL. Sekolahnya boleh dikatakan kecil dengan jumlah murid tak lebih daripada 500 orang termasuk murid prasekolah. Bilangan guru dalam 30 orang. Guru Besar perempuan, itu yang buat aku ‘lega’. Bukannya apa, senang nak bersemuka dan beramah – mesra. Daripada loghat, dapat aku teka Puan GB ini orang utara.

 

Hari Pertama (Isnin)

Aku bermula dengan agak baik. Aku belum diberikan jadual, jadi aku melepak di bilik Pemulihan Khas bersama cikgu pemulihan. Dia bertanya aku beberapa perkara tapi aku tak dapat bantu. Sebelum rehat, aku bantu cikgu tahun satu mengutip yuran. Kadang-kadang aku rasa aku ni tukang sibuk sebab rasa macam aku ni menyibuk jer…

 

Hari Kedua (Selasa)

Hari yang membosankan. Aku belum dapat jadual jadi aku melepak kat bilik guru menunggu kot-kot aku akan didatangi PK untuk menyerahkan jadual. Sehingga murid berebut-rebut meninggalkan kawasan sekolah, jadual yang aku tunggu belum juga muncul. Hmmm…

 

Hari Ketiga (Rabu)

Iaitu hari Rabu, aku diberikan jadual. Dah dekat nak balik PK datang ke bilik guru memberikan aku jadual. Agak terkejut jugak aku bila tengok jadual tu. Aku kena ajar BM, MT, PJ dan PSV. Fuhh! Boleh tahan penantian aku.

 

Hari Keempat (Khamis)

Maka bermulalah kerja aku secara rasminya. Nasib baik hari khamis cuma kena ajar BM 2 masa. Takdelah teruk sangat aku kena buat RPH. Aku bergegas ke bilik BOSS untuk cari bahan-bahan untuk mengajar. Baru aku dapat tahu bahawa guru dibekalkan buku panduan guru tapi hanya untuk tahap 2 sahaja. Selepas habis mengajar, aku ingatkan aku dah boleh balik dengan senang hati tapi rupanya tidak. Ada mesyuarat panitia Matematik. Aku kena buat soalan untuk tahun 3. Yang paling mengejutkan aku, ada guru yang memberitahu aku bahawa aku dilantik menjadi ketua panitia PJ. Terkejut monyet aku mendengarnya. Dalam hati, aku harap ianya hanyalah cadangan Puan GB sahaja dan ramai guru lain tidak menyokongnya. Aku rasa aku belum layak dan memang tan bersedia. TAKUTNYA…

 

Hari Kelima (Jumaat)

Hari yang sibuk. Dari masa pertama sehingga masa ke 7 aku takde masa free walaupun untuk makan. Semalam aku tak makan dan hari ini pun nampaknya macam itu juga. Pada masa ke 3, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Terpaksalah aku menjerit-jerit ketika mengajar kerana bunyi hujan yang turun menenggelamkan suara aku. Sakit anak tekak aku dibuatnya.

Balik pukul 12.05 tghari…bestnya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s