3 Ikhlas…oh 3 Ikhlas!

Susahnya nak ajar Matematik kelas 3I.

Time aku buat kuiz congak, ramai yang hanya menyalin soalan. Soalan mudah 5 + 6 pun mereka terkebil-kebil mencari jawapan. Soalan 2 bahagi 1 langsung mereka tak tahu malah tak faham pun soalannya. Masak aku kali ini. Ini macam mengajar pemulihan ni. Kalau betul-betul kelas pemulihan senanglah aku nak ajar tapi ini tidak. Ini kelas perdana.

Menurut cikgu pemulihan sekolah ini, kelas pemulihan khas hanya ajar BM dan tidak ajar Matematik. Patutlah… hrmm… ramai budak-budak yang berbakat ke kelas pemulihan dalam kelas ni sebenarnya tapi tidak terpilih. Apa-apapun, ini cabaran buat aku supaya aku menjadi guru yang lebih kreatif dan inovatif. Lagipun tadi aku macam kurang bersedia.

Tadi aku sampai sekolah awal dalam pukul 7 pagi jadi sempatlah aku bersarapan dengan suami di warung mamak. Apa lagi, nasi lemaklah yang jadi mangsa. Selepas habis kelas pukul 1.05 petang, ada mesyuarat rumah sukan pulak. Aku rumah Laksamana atau kuning. Buat pelantikan AJK. Nasib baik perjumpaan sekejap jer.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s