Minggu kedua menjadi guru

ISNIN

Perhimpunan pagi. Puan GB tiada.

Kelas pertama kelas Matematik 3 Ikhlas. Aku dapati hanya beberapa orang sahaja murid kelas ini yang boleh mengikuti apa yang aku ajarkan. Dengan kata lain, mereka ini sudah menguasai kemahiran semasa berada di tahun 2. Aku masih dalam proses mengenalpasti tahap kemahiran mereka. Yang pasti ada yang sepatutnya berada di kelas pemulihan khas. Malangnya kelas pemulihan tidak mengajar Matematik pada tahun lepas.

Kelas BM 3 Tekun tiada masalah besar bagi aku, cuma aspek kawalan kelas perlu aku kemaskan dari semasa ke semasa. Mereka ini sekejap sahaja mendengar arahan, selepas tu kembali membuat bising. Memang tabiat budak-budak. Yang diam, diamlah tapi kalau yang bermulut murai tu, pantang lepa dari pengawasan aku.

 

SELASA

PJK!

Waktu 1 hingga 4 aku mengajar PJ. Aku tak pakai baju sukan. Aku fikir hari ini aku hanya nak berkenalan dengan murid-murid terlebih dahulu. Semasa di kelas 2I, ada seorang murid termuntah dalam kelas. Ketika itu nasib baik ada guru kelas, terus disuruhnya ke tandas. Banyak pula muntahan budak tu. Aku biarkan guru kelas tersebut menguruskan hal tersebut. Sepatutnya aku yang kena uruskan sebab waktu aku tapi aku rasa macam blurr la pulak ketika itu. Aku tengok selamba jer guru kelas tu suruh budak tu sendiri yang basuh muntahan yang terkena pada baju dan membiarkan sisa-sisa muntahan di atas kerusi begitu sahaja. Aku pun buat macam tu juga !

Pukul 12.35 tghari, ada perjumpaan dengan PK berkenaan dengan minggu orientasi guru baru. Bukan ada apa pun. Kami guru baru kena buat laporan tentang sekolah, lebih kurang macam PBS ari tu. Bertambah satu keje.

Aku tanya PK tentang KP PJ. Dia menyatakan belum ada  keputusan muktamad tentang siapa KP yang baru. Fuhh! Selamat aku.

 

RABU

Murid tahap 2 ada progam maju diri di dewan sekolah. Kelas pertama iaitu PJK 6T ditunda ke minggu depan.  Waktu ke 9 dan 10 adalah PSV 3T. Tak tidur aku semalam menyiapkan RPH dan bahan-bahan pengajaran.

Sebelum balik ada perjumpaan Panitia BM. Aku dilantik jadi S/U. Aku terkejut bila dapat tahu kelas BM pemulihan tahun lepas cuma 1 waktu sahaja seminggu. Mengapa ya ? Jadi aku ambil kesempatan di perjumpaan tersebut untuk mencelah apa yang aku  tahu tentang pelaksanaan kelas pemulihan khas. Ramai guru yang sependapat dengan aku. Aku tahu ramai guru yang tidak jelas dengan konsep pemulihan khas termasuklah guru pemulihan itu sendiri.

 

KHAMIS

Hari yang paling rileks. Aku cuma ada kelas BM 3T sahaja hari ini.

Pada pukul 1.05 petang ada perjumpaan Panitia PSV dan Muzik. Aku dilantik jadi S/U lagi.

 

JUMAAT

Hari yang paling sibuk. Kelas bermula dari waktu 1 hingga 7 tanpa henti. Berhenti bila waktu rehat sahaja.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s