Hari Guru 2010

Tahun pertama menyambut Hari Guru. Apa perasaan aku?Tak sangka akhirnya aku berjaya menjadi seorang guru tetap….

Aku ditugaskan sebagai AJK sukaneka bersama 2 org guru lelaki yg lain. Ini sudah masuk kali ketiga aku diberi tugas seperti itu. Pertama semasa Kem Motivasi dan Kecermelangan. Kedua semasa Hari Sukan Sekolah. Tahun ni gelaran aku ialah ‘guru sukaneka’. Pening juga nak memikirkan idea untuk kaum guru ni. Maklumlah, imej dan gaya cikgu2 ni mesti maintain walaupun bersukaneka. Tak boleh main kotor2 dan basah2.

Sukaneka Hari Guru 2010

 

Selepas sukaneka, ada acara dewan iaitu persembahan murid2 daripada semua kelas tahap 2. Ada nyanyian, lakonan, koir dsb. Persembahan guru takdela pulak. Selalunya guru yg kena buat persembahan.

Kemudian acara pertukaran hadiah antara guru-guru. Sblm tu penganugerahan anugerah guru kpd guru yg paling popular, kemas, sporting, cantik dan anugerah khas. Aku dpat hadiah drp En Wan  manakala hadiah aku diberi kpd Huswind. Slps itu acara potong kek oleh Pn Guru Besar.

 

 

 

 

 

 

Pada sebelah ptg, para guru pergi serang pusat boling di Selayang Mall. kami main 2 game. Naik lenguh dan rasa mcm besar jer tapak tgn. Aku buat pertama kali main boling seumur hidup aku. Aku tak suka tempat mcm tu sb suasananya bising dan bingit. Apapun menarik jugak. Acara ni di sponsor oleh Kelab Guru SKBBSD. ..RM6 per head.

Apa yg menggembirakan aku ialah…

TERIMA KASIH DAUN KELADI…TAHUN DEPAN HARI GURU LAGI !

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s