Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53!

Sekolah bercuti, jadi aku dok rumah ajelah. Melayari internet, log in Facebook, email pastu update blog. Sekarang ni hujan kat luar.

Berbuka nanti nak makan apa ya? Suami baru tadi memberi titah perintah supaya aku masak cucur kodok @ cekodok. Ada pisang atas meja daripada 2-3 hari lepas yang tak disentuh-sentuh. Bulan puasa dan pisang macam tak sesuai jer…Apapun cekodok ajelah yang dapat menyelamatkan pisang tersebut daripada dibuang ke dalam tong sampah.

Aku ni memang hangat-hangat tahi ayam. Blog aku dah lama tak update. Last post bulan bila ntah. Aku ni memang cepat jemu dengan satu-satu benda. Sekarang ni aku dah mula jemu dengan facebook. Takde sifat istiqamah dalam diri aku.

Pagi tadi aku tonton sambutan Hari Kemerdekaan di TV yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Menarik juga segmen NKRA tu. Aku ternampak bekas pensyarah aku, lupala pulak namanya, kat TV. Pasukan koir melibatkan IPGM sekitar Lembah Klang, mungkin sebab itulah ada pensyarah maktab kat situ.

Hujan masih belum berhenti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s