Mesyuarat Penataran dan PBS KSSR Tahun 1 2010

Pada hari Rabu hingga Jumaat, 24 – 26 November lepas, aku berserta GB menghadirkan diri ke mesyuarat PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) bagi mata pelajaran KSSR tahun 1. Seramai 57 orang GB dan 57 org bakal guru tahun 1 2011 berhimpun di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang selangor.

Aku pergi amik GB kat SK Tmn Medan. Kami bertolak dlm pkol 3 ptg. Plan asal aku nak ikut Maju Expressway tapi suami cadangkan aku ikut PLUS Highway exit Nilai. Dlm perjalanan, kami dipotong oleh sebuah kereta Honda CRV. Kereta tu rupanya dipandu kawan GB, bukan main laju lg, tak mampu aku nak mengejarnya. Mereka ajak kami join mereka ikut KLIA, so apalagi kami pun ‘pecutla’ ke KLIA. Agak jauh juga perjalanannya. Dari tol Sg besi ke tol KLIA bayarannya RM7.70. Kami sampai ke Hotel Seri Malaysia lebih kurang pukul 4.30 ptg.

Sebelah malam cuma diadakan sesi taklimat dan pengenalan. Masa tu rasa relaks jer. Pada keesokannya, pada hari Khamis, kepala dah mula pusing dan berdenyut-denyut. Apa taknya….GB ingatkan mesyuarat ni santai jer, rupa-rupanya tidak. Pentaksiran kaedah baru rupa-rupanya!!!!

Standard Prestasi @ Band…. itulah istilah baru yg terpaksa aku telan dan mesti hadam. Ramai kalangan peserta mula merungut dan mengeluh bila mendengar perkataan-perkataan tersebut termasuklah GB aku sendiri. Kesian aku melihat para GB yang setahun dua lg akan ‘berehat panjang’ tapi masih dihujani dengan tugas seberat gunung. Habislah guru-guru tahun 1 tahun depan! Tunggulah, kita sama-sama lihat nanti…Aku takde ‘selera’ nak cerita panjang lebar kat sini. Rasa tak sabar2 nak balik rumah.

Makan angin kat pantai? Huh ! mana ader…

Walaupun pantai Bagan Lalang cuma beberapa jengkal jer drp hotel tmpat aku menginap, namun aku langsung tdk berkesempatan ‘mencuci mata’ ke sana. Hendak dikatakan sibuk tdk juga. Ada masa luang tapi cuaca pula tdk mengizinkan. Gambar-gambar yg diambil pun di saat-saat akhir hendak berangkat pulang ke rumah. Lagipun aku segan dengan GB….itu yg sebenar-benarnya……keh keh keh.

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s