In-House Training _PBS

Pada 11 Januari lepas aku kena buat in-house training untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ini dah kali kedua aku kena jalankan in-house training. Sepatutnya aku dengan GB tapi sampai kesudah GB tak muncul2 di Bilik Gerakan. Dia biasala sibuk.

Aku rasa bersalah sebab tak dapat nak bagi maklumat dan kefahaman yang jelas kepada guru-guru terutamanya guru tahun 1 sebabnya aku sendiri kurang jelas tentang perkara ini. Sepatutnya kursus mula pkol 2 – 4 ptg tp 1 jam pertama telah diambil oleh wakil daripada Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat untuk mempromosikan produk mereka.

Pada awalnya aku dimaklumkan in-house akan dijalankan 3 hari berturut-turut selama 2 jam setiap sesi tetapi akhirnya tak sampai sejam pun. Aku sudah buat persediaan tetapi akhirnya semua perkara tentang PBS disumbat dalam masa 1 jam.  Ramai cikgu-cikgu yang masih nganga, ada yang buat-buat tak dengar sebab mereka tak terlibat. Hakikatnya semua akan terlibat cuma belum tiba masanya lagi.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s