Orang atas kayangan

2011 menjelma.

Tahun ini aku ‘diperintahkan’ untuk menjadi guru Pemulihan Khas. Maka berpindahlah aku dari bilik guru menuju ke tempat paling tinggi dan paling tersembunyi di SKBBSD iaitu bilik Pemulihan Khas. Jujur aku katakan, aku kurang gembira mendapat perkhabaran ini. Tetapi atas dasar  ‘saya yang menurut perintah’ maka dengan berat hati aku mengosongkan tempat duduk di bilik guru dan menyerahkannya kepada guru baru.

Sedihnya hatiku…

Mengapa aku kurang gembira???

Pertama, ketika aku ambil opsyen ini semasa mengikuti KPLI pun aku kurang gembira. Aku terdedah dalam bidang sains boleh dikatakan agak lama, malah ia hampir sebati dengan aku. Dari sekolah menengah sehinggalah ke alam pekerjaan. Aku sudah biasa bekerja di makmal sains, berinteraksi dan berkomunikasi secara saintifik, membaca buku-buku dan artikel sains, malah aku bercita-cita ingin menjadi ahli sains @ saintis. Namun apakan daya, demi kelangsungan hidup, aku terpaksa lalui jalan baru, melupakan masa lalu dan melihat masa depan yang lebih terjamin.

Kedua, aku rasa aku telah mengundur ke belakang apabila aku memilih opsyen ini. Betulkah?

Pada hakikatnya pekerjaan ini sungguh mulia. Aku adalah cahaya kepada murid-murid yang masih meraba-raba dalam kegelapan buta huruf dan buta nombor.

Apapun aku mesti optimis. Di mana pun aku berada, aku mesti lakukan yang terbaik, untuk diri aku dan yang paling penting untuk mereka yang memerlukan aku.

Sebenarnya banyak lagi sebab-sebabnya tetapi aku rasa ia adalah sebab-sebab sampingan sahaja. Biarlah ia kekal dalam kerahsiaan dan menjadi sulit untuk dikongsikan di sini.

Jika tahun lepas gelaran aku guru sukaneka tapi tahun ini aku mendapat gelaran baru iaitu….orang atas kayangan…kah kah kah…tak kelakar pun.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s