Hadiah hari lahir

Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu tiba juga. Aku telah selamat menjalani pembedahan laparoscopy, cystectomy dan hysteroscopy. Inilah hadiah hari lahir paling tak dapat dilupakan!

Pada 21.2.2011, Isnin, bersamaan genapnya umurku yang ke…, aku dimasukkan ke wad di HKL. Mengikut jadual asal, aku sepatutnya masuk wad pada pertengahan Disember tahun lepas tapi dek kerana ‘lupa’ (itu kata-kata yang keluar daripada mulut doktor sebaik jumpa aku pada hari Isnin minggu sebelumnya).

Hampir 4 bulan lebih aku menunggu bila aku akan ditelefon oleh doktor, akibat lama menanti sehingga suami aku sudah bising-bising, jadi aku bertekad untuk ke HKL semula untuk bertanya status aku. Lagipun aku merasa makin serius kondisi kesihatan aku. Discaj keperangan makin berpanjangan, darah masih keluar selepas bersama suami, yang paling merisaukan perut aku yang makin kembung macam mengandung 3 bulan.

Selepas mereka berbincang, akhirnya aku diminta mendaftarkan diri ke wad pada Isnin berikutnya tanpa perlu menunggu panggilan doktor lagi. Cepatnya! Berdebarla pulak.

Aku, kalau boleh nak mengelak ambil cuti semasa hari persekolahan tapi suami menasihati aku supaya utamakan kesihatan daripada kerja, jadi aku tak dapat nak mengelak lagi.

Aku masuk wad pada hari Isnin lebih kurang pukul 11 pagi. Sepatutnya sebelum pukul 10 aku dah ada kat wad. Aku, suami dan mak mentua pada mulanya pergi ke wad bersalin seperti yang diberitahu oleh doktor. Rupa-rupanya kami kena daftar di Pusat Kemasukan Wad di Bangunan Utama, dekat dengan bahagian Kecemasan. Sambil-sambil dok menunggu nombor giliran, aku baca papan notis kategori-kategori wad yang ada. Kelas satu, dua dan tiga. Aku berangan duduk di wad satu, paling koman pun yang ada dua katil sebilik. Tak disangka apa yang aku angankan menjadi kenyataan. Aku dimasukkan ke wad SW21 iaitu wad kelas satu dua katil sebilik.

Layanan di wad memang memuaskan. Semasa aku masuk, tiada orang lagi. Sayangnya mak tak dibenarkan masuk sebab suami dah ikut. Bilik air ada dalam bilik. Ada sinki kat tepi katil. Kira okla.

Baru jer duduk-duduk ambil angin, doktor datang untuk ambil maklumat dan ambil darah. Pukul 4 ptg aku diwajibkan minum ubat cuci usus-phospho soda. Sebelum tu aku sempat makan tengahari dan minum petang. Aku akan mula puasa pada malam ni, pukul 2 pagi. Selepas aku minum air soda tu, aku tak boleh lagi makan, cuma boleh minum jer. Cepat betul tbs ubat tu, sekejap jer aku dah berlari ke tandas. Nasib baiklah tandas dekat. Kalau tak silap aku, lebih daripada 20 kali aku berulang-alik ke tandas sehinggalah pagi besok.

Malam pertama di wad aku tdk ditemani oleh siapa2, hanya aku dan seorang lg pesakit, seorang makcik berbangsa Punjabi yg kami panggil ‘aunti’. Dia dah bbp kali masuk wad sampai nurse pun dah kenal. Umur dah 88 thn tp nampak masih sihat wlpun ‘tak brp sihat’.

Aku dijadualkan menjalani pembedahan sebelah pagi, lbh krg pkl 11 pg tetapi ditunda ke petang sbb ada kes kecemasan. Pukul 2.30 ptg aku ditolak ke bilik bedah. Pengalaman itu mcm mimpi, selalunya aku tengok dlm cerita tp kali ini aku alaminya sendiri. Sampai ke bilik menunggu, mereka tukarkan katil/troli, buat semakan dahulu, lepas itu barulah aku ditolak masuk ke satu bilik, aku dipasangkan dgn air saline, kemudian barulah masuk ke bilik bedah iaitu bilik yang ada lampu besar kat atas kepala. Aku dengan cepatnya dipasangkan wayar-wayar kat dada, di’inject’ dgn ubat bius, lps tu aku dah tak sedar apa-apa dah.

Bila aku sedar, aku rasa bhgn ari-ari aku sakit, sebelah kanan perut aku terasa amat pedih shgga aku hmpir meraung. Staf-staf kat situ kalut dgn keadaan aku. Sekali tu ada staf mengalih baju aku dan terkena kat tmpt sakit, meraung aku dibuatnya. Melihatkan kedn aku yg serba tak kena, doktor terpaksa tambah dos morfin bg kurangkan rasa sakit. Slps itu barulah aku ‘slow’ sikit.

Apa yg buat aku sakit?

Mereka masukkan cecair menggunakan tiub/wayar ke dlm saluran peranakan aku. Katanya untuk mencairkan darah beku yang menyumbat kat situ. Apa yg aku tahu tiub fallopio aku tersumbat, cyst ada darah beku tp pecah seblm sempat dikeluarkan. Tiub itu bersama dengan aku satu hari. Benda itu yg buat aku sakit. Slps itu aku kena telan “pain killer”, kalau tak tuhan saja yg tahu betapa sakitnya bila nak bergerak.

Malam kedua aku masih berpuasa. Pertama kali nak buang air, semua jadi serba tak kena. Aku kuatkan semangat utk bangun ke bilik air sbb tak tahn sgt, sakit pun sakitla. Aku terkencing sambil berdiri sebab kepala jadi berpusing bila berdiri. Kalutnya pada masa tu. Kesian dekat suami dgn mak mentua aku. Suami aku terkena air kencing aku. Pada masa tu jugak Kak Nah call, suami plak nak menjawab panggilan. Dia tak nampak isteri dia setgh mati nak buang air ni!

Saat doktor tanggalkan penutup tiub kat perut kiri aku, masyaAllah bagai nak luruh jantung aku. Aku meraung! Tuhan sahaja yg tahu sakitnya bila darah aku disedut keluar dari salur peranakan. Aku ingatkan dah selesai, rupa-rupanya ada lagi. Sekali lg bila doktor nak tanggalkan tiub tu dr perut aku, aku meraung ! Slps itu, pedih yg aku alami sblm ini hilang…sbb itu aku katakan tiub itu yg buat aku sakit.

Pada sebelah ptg slps tiub ditanggalkan, aku dibenarkan pulang. Hari itu adalah hari Khamis, pukul 3 ptg. Pada 7 April nanti aku dikehendaki ke O&G klinik untuk review HPE. Aku lupa plak nak tanya apa itu HPE….apa la.

TERIMA KASIH SUAMIKU DAN IBU MENTUAKU….. KERANA BERSABAR DGN KU.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s