Guru ganti Prasekolah…

Oh! Agak lama aku tak mengemaskini blog aku…bukan sibuk mana pun tapi aku ni bukan jenis orang yang istiqamah dalam hal-hal semacam ini. Orang kata ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Sebenarnya sejak 18 Mei 2011 lepas aku dicampak ke prasekolah. Lagi 3 hari nak cuti pertengahan penggal. Kalau ikutkan sudah sebulan lebih aku jadi guru ganti kat prasekolah ni tapi sebab ada cuti 2 minggu maka belum dikira sebulan lagilah.

Cuti 2 minggu memang tepat pada masanya.

Kenapa aku, seorang guru pemulihan khas dicampak ke sana?

Hurm…. kat sekolah aku ada 2 cikgu pra. Mula-mula dah bersalin seorang. Selepas satu minggu bersalin pula seorang lagi. Cikgu yang kedua ni bersalin awal daripada tarikh jangkaan. Kelam kabut ppm prasekolah sebab kedua-dua kelas dah tiada cikgu. Pagi Rabu itu, datangla GB jumpa aku kat bilik pemulihan menceritakan kedudukan. Aku dengan berat hati, dengan rasa sedih dan sayu terpaksa ‘menghalau’ murid-murid pemulihan kesayanganku kembali ke kelas masing-masing. Maka tercenganglah mereka, dengan muka sepuluh sen, terkebil-kebil tapi ada juga yang berseronok.

Siapala aku untuk menolak takdir….terimalah seadanya.

Aku diberitakan akan jadi guru ganti untuk 3 bulan. Alamak! Lama tu…

Menurut GB tiada peruntukan guru ganti daripada PPD, jadi memang sahlah aku guru gantinya untuk tempoh 3 bulan itu.

Minggu lepas ada berita gembira buat aku. Kedua-dua guru pra itu bercuti 2 bulan sahaja. Aku tidak pasti sama ada mereka dipaksa atau satu tindakan bertimbang rasa daripada mereka dan pihak pentadbir.

Aku bukannya apa….aku mengajar di pra, sementara kerja-kerja aku di kelas pemulihan sudah terbengkalai. Segala apa yang aku rancang ( atau TAKWIM) aku sudah pun hancuss!

Habis,  siapa yang gantikan tugas aku di Kelas Pemulihan?

SIAPA ?

Carilah jawapan sendiri ……………

Advertisements

One thought on “Guru ganti Prasekolah…

  1. tak patut, tak patut. kecuali sek tu muridnya pandai belaka. tapi kena ingat juga tugas guru yang no akhirtu….. melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh ketua jabatan. sabo ajele

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s