Kurang ajar atau terlebih ajar…?

Kisah ini berlaku semalam. Antara aku dan seorang anak murid. Aku mengajar murid-murid tahun 6 yang lemah dalam Matematik semasa kelas tambahan sebelah petang.

Ada seorang murid ini, aku tak tahu nak letak dalam kategori apa. Hyper? manja? Nakal? Degil?….pendek kata macam-macam perangainya.

Dia suka ‘mencuri’, bukan mencuri barang tetapi mencuri masa guru. Kalau cikgu ada 60 minit masa mengajar, mungkin 10-20 minit masa cikgu dihabiskan untuk mengawal tingkahlaku murid terutamanya murid yang seorang ini. Ada ketikanya cikgu hampir hilang ‘mood’ untuk mengajar kerana gangguan daripada tingkahlaku bermasalah dan mengganggu murid special ini.

Semalam, aku sudah hilang sabar.

Apa tidaknya. Mereka ini bermain kejar-mengejar dengan penyapu dalam kelas aku. Si perempuan mengejar si lelaki. Si lelaki lari keluar kelas, si perempuan mengejar dengan penyapu. Puncanya si lelaki terjumpa kalkulator di dalam kotak pensel si perempuan. Si lelaki menuduh si perempuan menggunakan kalkulator semasa dalam ujian bulanan Matematik semalam. Si lelaki mengambil kalkulator tersebut untuk dijadikan bukti untuk diberikan kepada guru. Marahlah si perempuan. Mahu diambilnya kalkulator itu daripada si lelaki tetapi dilarikan. Entah macam mana penyapu yang dicapainya.

Mereka masuk semula dalam kelas selepas aksi kejar-mengejar di luar kelas tidak berjaya. Mereka menyambung aksi kejar-mengejar itu di dalam kelas. Pada mulanya aku menegur cara baik tapi mana nak diendahkannya. Maklumlah, mereka sangat seronok ketika itu. Aku nampak murid-murid lain pun dah menumpang seronok sama, dah tak pandang aku dah yang tengah mengajar.

Huh! apa lagi….mengamuklah aku…

Bila dimarah tahu pula mereka diam. Si lelaki pula hampir nak menangis bila aku melepaskan kemarahan padanya. Tetapi yang si perempuan masih tersengih-sengih macam kerang busuk.

Adakah mereka ini layak aku gelar sebagai kurang ajar?

Faktor apakah yang menyumbang kepada tingkahlaku seperti ini? Adakah mereka kurang kasih sayang dan perhatian daripada keluarga? Adakah mereka tidak pernah dididik cara hendak menghormati guru dan orang yang lebih tua? Adakah mereka sudah hilang rasa malu?

Aku tiada jawapan kepada persoalan itu…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s