Kenangan terindah di bangku sekolah rendah

Time aku kecik-kecik dulu, apa cita-cita aku erk?

Masa sekolah rendah….hrmm… aku tak berapa ingat…tapi rasanya nak jadi guru kot, sebab kerja guru aje yang aku tahu. Entah-entah aku mungkin tak ada cita-cita. Budak kampunglah katakan. Mana ada cita-cita.

Selalunya budak-budak sekolah rendah bercita-cita nak jadi doktor. Kerja sebagai doktor ini memang hebat di mata kanak-kanak tapi realitinya tidak seperti itu. Aku pernah bekerja dengan doktor di IMR dulu. Ada doktor yang hebat dan ada juga yang sebaliknya.

Zaman sekolah rendah memang seronok. Aku ini kategori pemalu dan tak banyak cakap tapi aku aktif sukan kat sekolah. Cumanya, sekolah aku tu sekolah kampung, tak banyak aktiviti yang grand dibuat.

Kenangan yang tak da735196_4925170443664_1903045407_npat dilupakan ialah bila aku menang hadiah saguhati pertandingan mengarang. Tajuknya Cara-Cara Saya Menabung – Hadiah Nuri anjuran Bank Rakyat. Pada mulanya aku hairan jugak. Apa yang gempak sangat. Aku cuma menang hadiah saguhati jer.

Orang yang nampak lebih gembira daripada aku ialah Cikgu Fares. Dia ialah guru BM aku. Katanya, walaupun hadiah saguhati tapi ia adalah peringkat KEBANGSAAN beb! Satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menghantar penyertaan. Macam mana aku, murid dari sekolah pedalaman boleh menang walaupun tempat saguhati. Maksudnya, karangan aku adalah antara karangan 10 terbaik beb!

Aku dapat duit RM 15, t-shirt dan topi dan sijil penyertaan. Hadiah tu diposkan ke sekolah. Pertama kali nama aku dipanggil ke pejabat menggunakan speaker, kiranya satu sekolah boleh dengar. Suspen jugak masa tu. Aku ingatkan aku ada buat salah tapi rupa-rupanya aku dapat hadiah.

Aku masih ingat lagi. Cikgu BM minta aku menceritakan pengalaman aku di depan kelas. Aku jenis yang pendiam, aku duduk aje lah kat depan kelas sambil tersengih-sengih. Naik bosan kawan-kawan yang lain tengok! Cikgu BM minta aku berucap di perhimpunan sekolah tapi aku tak mahu. Gila! mahu aku terkencing nanti.

Hari itu cikgu BM belanja aku makan bersama-sama dengan dia di kantin sekolah. Sekali lagi kawan-kawan sekelas aku menyampah tengok aku! kah kah kah…

Cikgu BM aku asal dari Melaka. Dia suka makan sambal belacan. Semasa makan dengan cikgu itulah aku pertama kali kenal sambal belacan. Aku try sikit tapi pedas sangat. Kalau budu ok la jugak. Ini belacan. Mana ngam dengan aku.

Peliknya, aku cuma dapat ingat peristiwa-peristiwa masa aku darjah 6 sahaja, time darjah 5, 4, 3, 2, 1  macam kabur dan samar-samar. Mungkin tiada peristiwa yang menarik berlaku atau pun aku ni jenis yang mudah lupa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s