Dia…guru yang pernah ku rindu.

Semasa aku bergelar murid satu ketika dulu…dialah guru kesayanganku. Walaupun sudah 20 tahun berlalu, namanya masih segar di ingatanku. Dialah satu-satunya guru yang namanya masih aku ingat sehingga kini. Mungkin disebabkan dia adalah guru kelas aku ketika aku darjah 6 atau mungkin dia pernah belanja aku makan.

Bila aku secara rasmi bergelar guru pada tahun 2010, kenangan-kenangan indah itu terimbas kembali di ruangan mata. Apatah lagi bila aku berhadapan dengan murid-murid di sekolah aku. Memori kembali segar.

Aku pernah beberapa kali cuba menghubungi Cikgu F ketika aku sedang mengikuti KPLI.  Aku ingin maklumkan padanya bahawa aku telah mengikut jejak langkahnya dengan menjadi guru. Aku berjaya bertemunya di alam maya Facebook tapi….entah kenapa aku rasa amat berat sekali untuk klik ‘add friend‘ di Facebook.

Aku tahu dia pernah beritahu aku satu ketika dulu...jangan jadi guru bila aku besar nanti.

Aku bertanya  “kenapa cikgu?”. Jawab Cikgu F ” kerja teruk/susah..”. Aku tidak faham tapi aku diam saja. Sekarang baru aku tahu apa maksudnya.

Cikgu F suka melebihkan aku walau pun pada hakikatnya aku tiada kelebihan sangat berbanding kawan-kawan yang lain. Dia selalu puji karangan aku di hadapan kawan-kawan yang lain. Aku…bila orang puji, sengih ajelah macam kerang busuk.

Selepas aku ke tingkatan 1, Cikgu F masih mengingati aku sebagai bekas anak muridnya. Dia selalu ‘kirim salam’  melalui adik aku yang bersekolah di situ. Kadang-kadang dia ‘kirim salam’ melalui kawan-kawan sekelas aku masa darjah 6 yang bersekolah di bandar GM. Aku pula tak bersekolah di GM tetapi di Kuala Krai dan terpaksa tinggal di asrama.

Kalaulah masa dapat diundurkan….aku akan pergi melawat Cikgu F atau pun sekurang-kurangnya aku tulis surat atau hantar kad ucapan kepadanya walaupun aku sudah tidak lagi bergelar anak muridnya. Malangnya masa terus berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Aku pula kini sudah pun bergelar seorang GURU.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s