Tentang Aku

Aku anak jati kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang a.k.a Kelantan yang tidak pernah puas makan budu….antara budu dan ayam goreng, mana satu pilihan aku? Tentulah budu! Itulah kata-kata usikan arwah kakak sulung aku masa aku kecil-kecil dulu. Nasib baik ia belum didaftarkan menjadi perumpamaan baru dalam kamus Dewan;

di mana ada H****, di situlah ada budu!

Tamat darjah 6, aku dapat tawaran ke Kelas Khas di SMK Sultan Yahya Petra di Kuala Krai. Kenapa kelas khas? Kelas aku namanya Tingkatan 1 khas, 2 khas dan 3 khas. Budak-budak dalam kelas ni adalah budak-budak yang cemerlang UPSR tapi tak berjaya ke asrama penuh. Ramai dalam kalangan kami yang mendapat 4A, 1B dalam UPSR.

Selepas PMR, ramai di kalangan kami yang ke MRSM termasuklah aku. Aku berjaya ke MRSM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Seronok sungguh pada ketika itu. Kebanggaan untuk ibu dan arwah ayah. 

Selepas SPM aku sambung belajar ke tingkatan 6 di SM Ismail Petra, Kota Bharu iaitu satu-satunya sekolah yang ada aliran sains tulen di Kelantan. Sedih juga tengok kawan-kawan lain dapat ke matrikulasi tapi apa nak buat,  kesilapan sendiri kerana menghantar borang lambat. Aku ingat impian ke universiti sudah hancur tapi ketentuan Allah siapa yang tahu….

Aku berjaya ke Universiti Malaya dan akhirnya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Bioperubatan setelah hampir 4 tahun berhempas pulas. Pengalaman merantau dan hidup di Kuala Lumpur memang mencabar tambahan pula aku tiada saudara -mara di KL.

Banyak pekerjaan yang aku lakukan selepas bergelar graduan universiti. Daripada kerja sambilan, sementara, ganti, kontrak sehinggalah kerja tetap. Yang pasti aku tidak pernah bergelar penganggur. Bidang pekerjaan yang aku ceburi pun macam rojak. Ada bidang aku sendiri, kilang, pendidikan, malah aku pernah bekerja di bank. Aku pernah bekerja sebagai pelayan kedai makan, pembantu dapur di restoran Korea, pekerja kantin kilang dan seumpamannya. Kata orang untuk mendapat pekerjaan dengan mudah, kita perlu ada ‘kabel’. Itu kata orang tapi bagi aku tidak semestinya. Rezeki dari ALLAH.

Tahun 2009, aku mendapat tawaran mengikuti KPLI di IPGM Kampus Bahasa Melayu mengambil opsyen Pengajian Pemulihan Khas. Aku terima seadanya apa yang ditawarkan. Apa yang aku hajati dalam hidup ini tak semestinya akan aku perolehi. Pada Disember 2009 aku menamatkan kursus perguruan. Pada Januari 2010 aku memulakan kerjaya sebagai guru.

Blog ini merupakan catatan peribadi kisah aku sebagai seorang guru dan juga seorang insan biasa yang melalui pahit, manis, masam, tawar dan segala macam rasa sepanjang perjalanan menuju ke destinasi abadi.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

Advertisements

3 thoughts on “Tentang Aku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s